1. Tentukan tarikh projek anda. Hal ini boleh dilakukan dengan klik menu Project - Project Information. Gunakan Schedule From Start Date jika anda memilih pengiraan maju. Sebaliknya, jika anda memilih pengiraan mundur, gunakan Schedule From Finish Date.
2. Pilih / rancang kalendar anda. Tiap projek tentunya mempunyai tarikh kalendar yang berbeza- beza. Ada yang jam kerjanya 08.00-17.00, shift malam, atau 24 jam. Untuk membuat / memilih kalendar ini, klik Tools - Change Working Time
3. Buat Task di gant table entry. Task adalah pekerjaan yang akan dilakukan dalam projek. Dalam View-Gantt Chart - table Entry, anda boleh memasukkan nama task, tempoh, tarikh mula, dan tarikh selesainya task. Anda juga boleh menggunakan Predecessor untuk task yang mendahului task lain.
4. Buat resource. Resource adalah sumber yang digunakan untuk melakukan projek. Resource boleh berupa peralatan, manusia, maupun kos. Untuk mengisikan resource, klik menu View-Resource Sheet.
5. Tetapkan resource dimana saja yang digunakan dalam tiap task. Jika ada beberapa resource yang diperlukan dalam 1 task, double klik task sehingga muncul task information, dan isikan resource dalam tab resource dari task information
6. Tetapkan baseline. Baseline bermaksud perancangan dasar. Untuk menetapkan garis dasar, klik Tools - tracking -set the baseline. Segala hal yang ditetapkan selepas baseline ditetapkan disebut variance. Untuk memeriksa besarnya variance / simpangan, klik View-Gantt Chart, Table - Variance
7. Mula mentrack projek anda. Klik View-Table-tracking. Di sana anda boleh mengedit Actual Start , Finish, dan completion.
No comments:
Post a Comment